PROLOG
Waktu: 8.00 pagi
Seorang pemuda memasuki perkarangan kawasan tersebut. Matanya melilau merenung tajam ke kawasan sekeliling. Lantas, dia mengorak langkah menuju ke kaunter pendaftaran. Dia mendapat kunci biliknya sendiri dan sepasang pakaian baharu oleh petugas yang menjaga kaunter tersebut. Malah, dia juga mendapat sehelai kertas yang tertera peraturan kawasan itu dan jadual pergerakan sepanjang perjalanannya yang bakal dimulakan di situ.
Klik!Klik! Dua buah katil jenis single-bed tersusun atur di dalam biliknya yang disertakan almari kecil dan ampaian besi mencukupi bagi setiap bilangan katil yang terdapat dalam bilik tersebut. Meja belajar kayu yang berwarna kuning keemasan yang diletakkan di dua penjuru bilik tersebut lebih menarik ekor matanya untuk diamati dengan lebih teliti. 'Lampu ini lebih menarik jika dihiasi dengan corak yang lebih halus seni buatannya,' bisik hati kecilnya.
Sesudah mengatur semua pakaian dan peralatan yang dibawanya dari rumah ke dalam almari dan di atas meja belajar yang dipilihnya, dia beralih pula kepada penyusunan katilnya. Dia membalut katil itu dengan cadar yang tersedia lalu meninggalkannya setelah dihiasi dengan comforter bargambar serigala sebelum beredar ke dataran perhimpunan dengan membawa kuboid kecil yang mempunyai pelbagai fungsi di dalamnya.
Sesi merakam gambar bagi kad pengenalan kawasan itu selesai dengan jayanya apabila semua pihak mematuhi peraturan yang diberikan. Kini, setiap insan yang baru sampai di kawasan itu pada pagi tadi mempunyai ID masing-masing. '2603' adalah pengenalan diri dan nombor yang bakal digunakan sepanjang tempoh tiga purnama dia bermastautin di situ.
ALL-IN-ONE
Hutan yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang beraneka terus aku redah meskipun berada dalam situasi hujan yang sangat menggila. Waktu ini, apa yang hanya terlintas dalam fikiranku adalah aku ingin sampai ke tempat yang aku kenali dalam mimpiku. Namun begitu, situasi di sekelilingku tidak membenarkan. Aku mempercepatkan perjalananku dengan membuka langkah seribu. Dengan tanah hutan yang basah disirami air hujan, aku mula berasakan diriku dalam situasi yang bahaya. Apatah lagi, aku mulai sedar ada yang memerhatikanku dan mengekori dengan mata yang merah menyala. 'Nampaknya, aku terpaksa menggunakannya sekali lagi dalam situasi begini,' bisik hati kecilku.
Cahaya bulan semakin aku temui apabila aku semakin menghampiri lubang yang menuju ke kawasan terbuka di hujung hutan. 'Heh, nampaknya permainan kita tamat disini sahaja kawan,' Tanpa berlengah aku terus berlari sehingga ke hujungnya.
∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Badanku terlalu sakit dan lemah untuk digerakkan sekarang. Pemandanganku kini dipenuhi dengan langit yang dipenuhi bintang-bintang yang bersinar. Aku sedar bintang-bintang tersebut bukanlah kesemuanya masih menyala tetapi sebahagian bintang tersebut telah mati suatu ketika. Bagiku, kehadiran bintang sangatlah bermakna kerana ia memberi maksud yang penting buat diriku. Beberapa ketika, aku bangkit dari pembaringanku. Aku menoleh ke arah kiri dan kanan. Ya, aku tersengih sendiri. Aku berada di padang rumput yang sangat luas. Inilah permulaan kepada perjalanku seperti yang dinyatakan dalam mimpiku.
Aku menarik nafas yang panjang. Kini, aku bersedia. Mari bangkit bersama!
∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞∞
Ngauman harimau jelas kedengaran. Tambahan lagi, sekarang adalah waktu malam yang sunyi.

No comments:
Post a Comment