EVSTORY
Sejak dari dulu lagi, ketika aku masih di bangku sekolah, atau lebih spesifiknya semasa aku masih berada di tingkatan 3, aku mula memasang angan-angan untuk menjadi seorang jurutera (engineer). Minatku terhadap bidang pembuatan dan teknikal amatlah tinggi. Tambahan lagi apabila aku sering menonton siri McGyver di saluran AXN, kebolehan watak utama dalam cerita tersebut amatlah aku kagumi. Bertindak, berfikir dan seni mempertahankan diri tanpa mencederakan orang yang tidak bersalah dalam masa yang singkat memberi aku semangat untuk menjadi sepertinya suatu hari nanti. Maka, dengan itu, aku mula menyelidiki bidang apakah yang sesuai, yang bertetapan dengan minat yang telah aku pendam sekian lama. Syukur, kini aku telah berjaya menyambung pelajaran dalam bidang tersebut, selari dengan impian dan harapan aku. Doakan aku berjaya gapai apa yang aku inginkan dan semoga aku tetap berada dalam landasan rahmat Illahi. Aamiin. Insha'Allah.
No comments:
Post a Comment